Video tau x dah seminggu kita kapel...hahaha

0 comments

Budak2 sekolah sekarang ni makin lama makin bugima, baru kapel seminggu dah macam bercinta 100 tahun bai, siap janji2 bagai lagi, kalau ahli politik berjanji kami boleh terima lagi, ni budak mentah tahap mintak rayuan buku teks punya janji cinta, memg kelaut la nanti, dah masuk u nanti mcmana, rabak mata taktau nak janji dgn sapa pulak, oh bangsa ku...


Read More »

Majlis Perkahwinan Noor Nabila, Kakak Kepada Neelofa

0 comments

Kalau nak kongsi gambar majlis perkahwinan Neelofa, memang rasanya kena tunggu dalam 4,5 tahun lagi kot. Jadi sambil nak menunggu tue, kami kongsikanlah gambar perkahwinan kakak si Neelofa yang bernama Noor Nabila. Kesimpulan yang kami dapat buat ialah memang adik beradik Neelofa ini cun melecun orangnya. Untung sungguh!!!


Neelofa pun kelihatan cantik berseri-seri menemani kakaknya di sisi sepanjang majlis perkahwinan ini. Orang kata kalau dah jadi pengapit, tak lama lagi confirm akan naik pelamin punya. kami percaya korang kalau jadi pakwe Neelofa, confirm akan memasuk minang secepat mungkin kan? Takut terlepas ke tangan orang lain pulak nanti.




Read More »

Emma Maembong Terima Jika Jodohnya Zizan Razak

0 comments

Sebelum ini kedua-dua pelakon kelahiran negeri Terengganu, Emma Maembong dan Zizan Razak pernah dikaitkan setelah melihat kemesraan masing-masing di dalam berinteraksi di laman twitter sehingga menimbulkan spekulasi yang mengatakan mereka kini sedang hangat bercinta. Malah, ibu Zizan juga turut mengakui bahawa anaknya sememangnya rapat dengan Emma Maembong.

Bercakap kepada Berita Harian, pelakon cantik itu memberitahu bahawa dia dan Zizan memang hanya sekadar kawan baik, namun jika jodoh menemukan dirinya dan zizan, beliau tidak mampu untuk menolak ketentuan tuhan.

Namun gadis berusia 19 tahun ini berkata buat masa ini dia tidak mahu fokus dengan kisah percintaan tetapi mahu bekerja dengan lebih keras lagi dalam mepertingkatkan mutu lakonannya.

Read More »

Nurul Wahab Sedih Peminat Bandingkan Bekas Suami

0 comments

Penyanyi yang terkenal menerui lagu Kerana Terluka, Nurul Wahab telah melahirkan rasa kesal dan kecewa dengan segelintir peminat yang membanding-bandingkan suaminya, Eric Depp dengan bekas suaminya yang dahulu.

Menerusi laman blog rasmi penyanyi ini, Nurul telah menyatakan bahawa dia merasa sedikit jauh hati apabila terdapat segelintir peminat memberi respon serta tanggapan negatif terhadap beberapa gambar yang telah dikongsikan olehnya menerusi laman Instagram baru-baru ini.

    Minggu lalu dilanda emosi sensitive, dan kesedihan yang amat sangat. Biasalah, manusia ni suka menguji. Naik merajuk juga bila dicaci dan dicerca di laman Instagram yang aku milikki. Ada gambar lama yang aku muatkan. Ada pula yang membandingkan dengan bekas suami dan sebagainya.

    Ada pula yang berkata, sebab  kawin mat saleh, terikut-ikut mat saleh. Nak saja aku katakan, aku lebih sexy dan lebih open sebelum aku kenal  mat saleh yang bernama Eric Depp ni. Cuba lihat gambar lama aku dari tahun 2007 hingga 2010. Mungkin ada yang tak berapa kisah masa tu sebab tak ramai rakan artis aku yang berhijab; serta masa tu kalau ada yang mengutuk pun hanya di belakang – belum ada instagram untuk meluahkan kata-kata sinis atau cacian mereka.

Berkongsi lebih lanjut mengenai luahan hatinya ini, Nurul turut menyatakan bahawa, dia tidak kisah sekiranya peminat ingin menegur atau memberikan sebarang nasihat kepada dirinya, akan tetapi ia mestilah mengikut cara yang betul. Bukannya meluahkan kata-kata kesat sehingga mengguris hati mana-mana individu yang terlibat.


Dalam pada itu, penyanyi ini turut menegaskan bahawa, laman Instagram merupakan sebuah medium untuk dia berkongsi foto-foto indah bersama peminat setia yang selama ini banyak menyokong kerjaya seninya dan bukan tempat untuk mereka yang anti dengan dirinya.

    Tanya mereka, adakah Islam mengajar sedemikian?  Ada juga yang mengatakan, patutlah mereka tak suka Islam sebab perlu sensitive dan negative serta perlu mencaci orang lain jika tidak menurut cara pemakaian yang disyorkan Islam.

    Instagram itu bagaikan satu album gambar yang mahu aku kongsi bersama peminat dan penggemar aku.  Bukannya dengan yang membenci.

    Lojiknya, kalau dah membenci, kenapa perlu ikut aku di mana-mana sahaja laman social? Bukan aku sahaja, artis lain juga. Kenapa perlu membuat dosa mengata seseorang artis itu dengan melihat gambar dan menghinanya?

Merujuk perkembangan terbaru, Nurul dan suaminya bakal terbang ke Perancis dan akan berada di negara tersebut selama enam minggu.

Tujuan utama penyanyi ini terbang ke sana adalah untuk mempelajari bahasa Perancis dan dalam masa yang sama ingin merehatkan dirinya daripada sebarang aktiviti seni pada bulan puasa yang akan datang.

Read More »

Serius : Gadis Ini Berhenti Kerja Kerana Alasan Dia Terlalu Cantik!

0 comments

Laura Ferne, 33 tahun telah menyatakan yang kecantikkan dirinya telah menjadi alasan utama kenapa dia telah bekerja lagi. Di tempat kerja, kecantikkan itu menyebabkan dia sering dikacau oleh lelaki serta ramai gadis tak suka tengok dia. Sejak dia berhenti kerja dua tahun lepas, ibu bapanya yang kaya telah menanggung hidupnya dengan menbayar RM10,000 untuk sewa rumah serta keperluan seharian. Selain itu, iba bapanya juga memberi RM8000 untuk design baju sendiri. Laura menyatakan orang ramai sering kali berkata kecantikkan dia adalah satu anugerah tetapi dia melihatnya sebagai satu sumpahan.






Read More »

Fesyen Anna Piaggi. Pengkritik Fesyen Paling Terkenal Di Dunia

0 comments

Dia boleh jadi macam Lady Gaga atau Nicki Minaj. Di bawah ini adalah seglintir daripada fesyennya sahaja.






Read More »

Kehidupan Sebelum VS Selepas Wujudnya Handphone

0 comments

Kami pernah rasa kehidupan sebelum penggunaan Handphone mulai berkembang. Memang lain rasanya tetapi kami rasa kehidupan tanpa Handphone dulu masih lebih menarik walaupun susah untuk kita cari orang.



Read More »