Rumah Almy Nadia Terbakar, Ibu Patah Tulang Rusuk
Sesungguhnya malang tidak berbau, dugaan bertimpa-timpa buat pelakon cantik Almy Nadia selepas rumahnya di kampung hangus terbakar kini mendapat perkhabaran ibunya pula patah tulang rusuk kanan akibat terjatuh di dalam bilik air.
Tambah menyedihkan apabila dia tidak dibenarkan pulang ke kampung untuk melawat keadaan ibunya oleh pihak produksi kerana terikat dengan jadual penggambaran.
“Saya memang minta cuti untuk balik sekejap sejak rumah saya terbakar minggu lalu tapi sehingga sekarang saya tidak dibenarkan cuti dengan alasan akan mengganggu jadual artis lain. Belum sempat saya balik menjenguk keluarga, saya diberitahu ibu pula jatuh bilik air, bayangkan bagaimana perasaan saya ketika ini,” ujar Almy.
16 Jun lalu, rumah keluarganya di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang terbakar pada bahagian bilik tingkat bawah akibat letupan kecil daripada sebuah radio lama. Bagaimanapun, tiada ahli keluarganya yang tercedera dalam kejadian tersebut.
0 comments: